Doa Pembersih Jiwa

"Yaa Allah, bersihkanlah hatiku dengan air es dan embun, serta sucikanlah hatiku dari segala kesalahan sebagaimana engkau menyucikan pakaian putih dari kotoran. Dan jauhkanlah antara diriku dengan keresahan2ku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat." (HR. Bukhari)

followers

Friday, October 9, 2015

ibu

assalamualaikum. hai

hari ini anak aku dah 6bulan 15 hari. so selama itulah aku dah menjadi ibu.................  lepas satu satu jadi dalam hidup buat aku terubat sikit rindu pada mak yg kdang2 tak tertanggung juga, menangis bagai nak rak jugak masih berdoa tak henti henti. saat aku tulis ni kan (taip entri pakai phone) anak aku ada sebelah baru bangun tidur tenung aku. sesekali aku curi pandang dia, senyum. dia balas balik senyum. bahagianya jadi ibu ni

aku belum kerja. tapi dah banyak interview pergi dulu tak lepas sebab pregnant sekarang tak lepas sebab ada anak kot. tapi aku masih percaya, rezeki akan ada. dimana mana seiring adanya usaha :)

nanti nantilah nak jugak cerita panjang semua pengalaman banyak ni nak tulis sekarang belum ada idea ok. assalamualaikum


Monday, December 8, 2014

singgah

lama sungguh tak bersandar , riba laptop dan menaip. posisi macam ni je aku rasa idea banyak sikit nak tulis kalau tak, tulis sikit padam tulis sikit padam sudahnya tido.

everything went well, i gonna be a mother soon. tiba-tiba straight to the point. apapun, Alhamdulillah syukur. nak cerita pasal alahan memang panjang berjela kisahnya so i make it short mengandung bukanlah sesuatu yang mudah semudah ejaan m-e-n-g-a-n-d-u-n-g , jadi berterimakasih lah pada ibu masing-masing, bersyukurlah masih punya mereka :)

konvokesyen pun dah akhirnya, dah diiktiraf aku seorang pemegang ijazah sarjana muda dari Universiti Teknologi Mara dalam bidang bahasa dan linguistik. jadi sekarang sedang bertungkus lumus mencari peluang pekerjaan mudah mudahan rezeki aku untuk meringankan beban suami dan membela diri sendiri tercapai suatu hari nanti.  (dulu tak pernah terfikir pun akan grad dengan title 'puan' hahahaha) nanti angan-angan aku masa konvo ni aku nak taip dalam satu entri lain kalau ada masa. 

Alhamdulillah wasyukurillah. nak cerita soal susah payah nak sampai ke tahap macam ni pun rasa macam takda mood sebab sekarang lebih suka pandang kedepan. cewahhh. ibu-ibu sangat pemikiran hihi harapan aku cuma semoga aku selamat melahirkan dan selamat dapat kerja dan menjadi isteri dan ibu yang baik untuk suami dan anak nanti InsyaAllah, doakan


Saturday, August 30, 2014

Disini lahirnya sebuah cinta.......31.8.13

Hai. Post pertama sebagai penganggur dan isteri .

masa kian berlalu rewind balik rupa rupanya dah 2bulan jadi penganggur terhormat dah sebulan jadi isteri orang huihuihui.
Entri sebelum ini mendoakan kebahagiaan seseorang ,post kali ni InsyaAllah mendoakan kebahagiaan diri sendiri huhuhu.
Ingat dah nak berhenti main blog2 nak delete account sbb pikir ala blog2 ni zaman muda mengeja ala-ala 'aqu pown ta tahu nak cakap lorh' hihihi
Tapi sayang pulak so i keep dlu nnti ada masa boleh taip2 hehehe.

K tu je.baru sebulan jadi isteri xberapa berpengalaman sangat nak share kiki byeeeeee

Eh sebelum itu,salam merdeka yang ke 57 semua orang have fun!

Monday, May 12, 2014

selamat hari ibu

tahun pertama aku tak boleh cakap "selamat hari ibu mak". tahun pertama airmata jatuh sungguh-sungguh bila dengar lagu-lagu ibu di corong radio. rindu sangat-sangat

Bersyukur lah kepada yang masih punya mak.

Ya Allah, tempatkanlah arwah ibuku di tempat golongan orang-orang yang beriman. ampunkan segala dosanya. temukan kami di syurga sesungguhnya aku yang hina tanpa doanya ini lagi sangat rindukan dia setiap detik setiap nafas aku hembus "

terimakasih mak untuk semuanya. sayang mak sampai syurga.

selamat hari ibu

Wednesday, May 7, 2014

nasihat ayah

Assalamualaikum Mei.

ayah adalah seorang pendengar yang baik .nasihat dia :

buatlah sukahati. asal jangan lupa Dia, Pencipta. kalau Dia takcipta kita, kita tak jumpa hari ini. Diamlah saat dikata. apalagi kalau sedang marah, diamlah diamlah diamlah. sebab kadang-kadang bila kita marah, kita bukan kita. bila ada yang menikam dari belakang, teruslah diam kerana kebenaran akan menang kemanapun kita pergi. dia manusia, kita pun manusia. dia nak cakap apa, biar dia punya sukalah. sebab kadang-kadang bahagia kita pun hanya pada mata orang lain. orang nampak kita punya semua. mereka simpulkan, kita bahagia, apalagi bila kita senyum dan gembira. sama juga macam kita menilai orang lain.  tapi kita kena sentiasa tahu siapa kita.

tapi ada jugak kalau  perhati, bahagia kita juga akan buatkan orang lain susah. contoh,

"hek eleh setakat kaya duit,harta makbapak, boifren, tunang etc podaahhhh"

amboi.amboi amboi. percayalah, dia kata sebab dia TAKADA. jadi nak peduli taknak. terpulang. kalau aku, aku senyum.

"nak menunjuk lah tu hekeleh mentang-mentang"

percayalah, dia kata sebab dia TAKADA. jadi nak peduli taknak, terpulang. kalau aku, aku senyum.

kita nak peduli buat apa, bukan salah dia. dia tak ada dengan kita 24/7 pun. dia mana tahu kita bersusah apa. mana tahu kita senangnya dari mana. huhuhuhu.

tunjuk lagi tunjuk lagi hehehehe.

nasihat ayah : apapun situasi, kita tunduk dahulu, tapi tunduk bukan bermaksud kau mengalah terus. tunduk tunduk dan terus tunduk, sampai masanya bila semuanya dilihat sama, "tanduk ah".

senang ramai kawan,susah takda orang. kliche. aku pun kadang-kadang rasa aku pernah buat orang macamtu. wuwuwu. padahal bila kau senang,kau tak ingat dunia, bila susah kau emo.

nasihat aku : nak mengumpat, jangan dengan manusia.  nak berahsia jangan dengan manusia. sebab bila sampai cerita dan pecah semua buruk dan najisnya kau lah telan, kau nak cerita benda betul pun takguna,buang masa. alah, diapun manusia macam kita. adu pada Allah, Dia sempurna :)


Tuesday, March 25, 2014

MARCH

kalau setiap kali ada masalah je baru nak menggelabah taip dekat belog, nampak sangat laaaaaa sunyi nyer jiwa iye idok. duk pikir pasal orang memang takkan buleh move on laa. bagi aku, human unpredictable. hari ni duk nampak elok senyum depan kita. esok-esok tahu dialah orang paling berhantu menyumpah mencarut menyampahkan kita. jadi takyah pikir sangatlah (bukan takpikir langsung) apa orang kata yang penting diri kita kat mana.kadang,orang yang paling rapat yang duk sibuk mengata.


sebab kalau nak ikutkan salah. memang salah akupun. salah sebab tak mampu nak teruskan.salah aku sebab dah terlalu rimas dengan keadaan yang berulang. huhuhuhuhuhuuuuuuuuuuuuu




Thursday, February 27, 2014

beringat sebelum terkena

bila dah terlalu bahagia,ada sahaja berita nak dikongsi bersama. tapi dalam kita berbahagia. kita lupa bukan semua bahagia kita adalah kebahagiaan orang lain.
ingat sebelum terkena, tapis sebelum berkecai.
 
halussssssssssssss kekdahnya,
orang boleh mendengar sampai muntah. bila kering ayaq liuq cerita. cuba tanya :
"apa aku nak buat ah?"

pasti kau akan dengar
 "sabar" atau "selesailah elok-elok" atau "lama-lama nanti ok lah"

instead of,

"kau nak aku buat apa supaya kau tak macamni"
"ada apa-apa boleh aku tolong?"
 "takpelah, aku kan ada"

untuk yang pertama menutup telinga, terimakasih. sekurang kurangnya anda sudah meletakkan diri anda sendiri sebagai seorang yang tidak terlalu penting. jadi janganlah terlalu mengaharapkan kepentingan diluar batas :3

betul, lebih baik kongsi cerita bahagia. sekurang kurangnya, apabila sipenyampah itu mencanang, dia canang cerita bahagia. walaupun hakikatnya derita menusuk jiwa dirobek terluka (suka lebih-lebih).

tapi sebolehnya, awak cubalah jadi perahsia supaya malunya nanti taklah besar mana.

sebab dah banyak jumpa orang ego. bila orang besar kepala dia takpuashati bila dia besar kepala dia nak suh orang puashati.entah bukan tu yang aku nak tulis sebenarnya .

p/s : khairani tolong baca entry ini HARI-HARI :O



Wednesday, February 19, 2014

kawan yang baik

kau masih lagi rasa kau kawan yang baik bila semua pasal aku kau nak tahu. tapi bila kau tahu kau mengutuk mengata dibelakang. kau kenapa?

 kenapa pentingkan diri sangat.aku dah tak larat :/

semoga bahagia

Assalamualaikum!

rasa bersyukur dan rasa nak berterimakasih pada Allah sekuat hati! ya, ada hikmah, ya ada kebaikan aku dah nampak segala galanya. semoga Allah ampunkan aku sang pendosa yang sering melakukan dosa. semoga aku tak lupa semua yang terjadi semoga segalanya buat aku jadi insan yang lebih segar bugar menghadapi masa hadapan.
ya, entri ini adalah untuk mendoakan kebahagiaan seseorang (you know who you are) yang pernah membuat aku menangis terduduk tak mahu hidup :'( tapi Maha Kuasa Allah yang memberi rasa sakit itu menjadi penawar. walau tak seberapa tapi sekurang kurangnya ada yang menjadi penawarnya yang sangat manis. tak apa sekurang kurangnya rasa sakit itu  terlalu banyak mengajar. TERIMAKASIH kerana terlalu menjadi buta dan TERIMAKASIH kerana memberi peluang diri ini melayari dan merasai sebenar benar bahagia, semoga awak juga berbahagia. selamanya sampai syurga :)

semoga apa yang aku rancang berjalan dengan mudahnya. semoga apa yang berlaku ada hikmah yang begitu besar. Mulianya Allah yang mengatur segala urusan dengan cantik. Terima kasih, Allah!

Thursday, January 16, 2014

Kononnya cuti semester- 5

Alhamdulillah selamat berda di kuala terengganu. Sekali lagi hari ini ayah adakan majlis tahlil untuk mak. Orang yang sentiasa ratingnya no satu dalam hati.

Moga berjalan lancar.

Lari jap dari thesis. Final year katakannnn. Extreme sungguh orang cuti balik kampung kita cuti membedung buat kerja. Tak lama dah tak lama dahhhhhhh.

Tuesday, January 7, 2014

cara membalas perbuatan keji

Bismillahirrahmanirrahim.

dah lama tak  buang tebiat, (selain panjat cameron dua hari sebelum exam, dan order teh O instead of air suam di kedai makan, tulis belog sambil lapar juga buang tebiat ok). jadi disebabkan malam ni aku malas lagi nak belajar untuk next paper RETAILING would be on sabtu ni.   berat nak buka buku rasa macam " hoi rilex ah, baru habis dua paper.penat ok " . malam ni je, esok esok beware and stay away from me syaitan.  i warn you!

aku berpegang pada "kau manusia, aku manusia".

 hidup tak pernah kena keji, tak adalah masam manis dia. tak best lah kan.
tapi the way kita handle tu yang reflect who you are and who am i. ok. lets

 buat bodoh.
 buat bodoh ok. buat tak peduli.orang nak cakap apa pun, tu mulut dia. kita pedehal. anda pun kadang main cakap je tak fikir orang. tapi jangan jadi bodoh. takpe orang cakap anda bodoh. takpe. i repeat, takpe ok. itu masalah dia tunggulah  satu hari nanti, dia pun akan jumpa dengan side of bodoh dia. sebab apa aku cakap macam tu. sebab kita manusia dia pun manusia.tapi selagi buleh jaga, jaga.

positif. kalau marah marah, hati kita yang sakit, bukan? kesian lah hati sendiri. sebenarnya, hidup ni kan, pusing pusing. kadang,apa yang kita dapat,itulah yang kita pernah bagi. perbuatan jahat Allah akan balas jahat juga, nak lari mana. hmmmm . hari ini kita yang rasa. sebagai balasan jadi terima sajalah sebagai pelajaran dalam proses kehidupan. don't forget to move on with better life.

bersenang hati. 
anda sepatutnya gembira dan bersenang hati bila dikeji.  bersyukur lah semoga dapat pahala sekiranya anda sedar anda telah kekurangan pahala disebabkan selalu sembahyang lewat waktu ngehngeh.  anda juga tak perlu menyusahkan diri dan membuang masa sendiri fikirkan tentang orang lain. 

memang ada yang bila hepan hepan haik hak hampusss helakang helakanggg haukkkk! tetiba sengau. tapi nak buat camana, itu dia. tapi janganlah lupa, dia manusia kita pun manusia. agak-agak tak boleh lawan sangat. rasa macam terluka sangat hati tu, berhijrah. buat semua perkara yang menggembirakan hati.

  sebenarnya apa aku nak tulis, weh hagak hagak lahhhhhh kau. you know who you are


Tuesday, December 31, 2013

2014

Hari ini genap ke 100 hari mak pergi, selamat datang 2014. Terimakasih Tuhan untuk 2013. Terimakasih kenangan dan pelajaran.
SELAMAT TAHUN BARU

Monday, December 23, 2013

how time flies

Assalamualaikum.
 lepas dah buat apa-apa yang patut teringat kat belog lalu terpanggil nak menulis sebaris dua. feeling guru besar nak bagi ucapan masa perhimpunan mingguan dah kenapa? -.-
 hari ini hari ke sembilan puluh tiga emak tak ada. tak sangka kan. cepat sungguh masa pergi. Rindunyaaaaaaaa. aku pun macam separa sedar je apa yang aku dah buat dalam masa 3 bulan ini?
yang aku tahu, hidup aku berubah tapi masih sama :3

sebenarnya rasa macam sebak. aku baru siap selimutkan ayah. sunyi gila rumah ni abang abang adik semua pergi main futsal. tak cukup petang,sambung malam pulak exercise tapi aku duk tengok tak kurus kurus jugak eeee tak faham. usai selimut aku pandang sajo wajah kesayangan ayah aku. can you feel me? rasa sebak. aku perati mata dia masih bengkak. nampak kesunyian,kesedihan,kepenatan  kat muka dia.eh dah 3 bulan lebih ayah masih menangis sorang sorang. hmmm kalau aku tak ada, sapa selimutkan ayah? sapa temankan ayah kat rumah? k start nangis :(

sunyi nya Allah saja yang tahu. terasa sangat kehilangan Allah saja yang tahu. can't explain into words. hilangkan beban sikit taip kat belog. tapi untuk beberapa minggu je publish lepasni confirm delete entry sebab malu sebab rasa ek eleh kau ni tu pun nak cerita pergh manja gila kau ni bluwek :/
dahtu kalau boleh taknak aaa bebankan orang dengar aku cerita repeat peat peat aku sunyi aku rindu aaa bak aaa suami sorang aaa. tetiba.

Alhamdulillah syukur adik beradik masih kuat utuh masing masing macam buat buat happy. memang aku rasa sangat buat buat tu. sebab pernah tengok semua duk gelak gelak pastu masuk bilik tiba tiba keluar mata masing masing merah. banyak kali.  bila masing masing saling memberi semangat aku rasa macam ntahla, perasaan ini cuma ada dalam hati bila orang yang sedang sedih cuba sedaya upaya buat orang yang bersedih gembira.camtu ah rasa dia.

Allah, berilah kekuatan pada ayah. beri dia semangat. jauhi dia rasa putus asa hilangkan rasa sedih dia. jaga dia. bukan apa, aku rindu ayah yang dulu. rindu sangat sangat ni.

beri iman, beri kasih beri kemudahan pada adik beradik aku. biar semua tenang biar semua aman.

esok dah nak balik universiti. ini studyweek takleh berlama lamaan sangat kat rumah minggu depan dah start exam. hmmm rasa baru je lagi aku balik rumah untuk studyweek sem lepas dan masatu mak ada lagi memberi semangat dengan masakkan makanan kegemaran aku. hmmmmm
how time flies.

ALfatihah



Wednesday, December 11, 2013

DUNIA

" Dan kadang-kadang,
manusia lebih suka saat kita tipu diri kita sendiri.
Saat kita berpura-pura tak kisah.
Pura-pura tak peduli,
mereka lebih suka melihat kita senyum dan ketawa sepanjang masa.............

sedang hakikatnya ada benda yang kita tak boleh nak simpan dan pendam dah.

sebab itulah bila kadang kala kita tunjuk apa yang kita rasa,
 MANUSIA TAK BOLEH TERIMA.
mereka akan mengubah persepsi tentang kita.
tak matang katanya.
tak munasabah omelannya.
ntah apa-apalah dia ni.

sedang mereka tak melalui apa yang kita lalui .
tak merasa apa yang kita rasa.

Memang akan ada manusia yang akan memerhati dengan mata.

tapi memang lantang bicara dengan suara.
akan ada.
kerana, inilah DUNIA "

Allahumma-ja 'Ini khayran mima yadhunoon wa ghfir li ma la ya'lamoon wa la tu'akhidhni bi ma yaquloon.
O Allah, make me better than what they think of me, and forgive me for what they do not know about me, and do not take me to account for what they say about me.



Saturday, December 7, 2013

tersenyumlah melihat langit

" kadang kadang kita tersalah sangka.

kita sangka,
bahawa kita rindukan perhatian manusia.
kita rindukan saat manusia prihatin pada kita.
bertanya khabar.
peduli.

sedangkan hakikatnya,
kita sedang merindukan Ilahi.

Rindu saat Dia panggil kita.
rindu saat dia uji kita,
lalu kita kembali dengan airmata.
dengan luka,
kerana tawa dan senyum bahagia acap kali membuat kita terlupa
"oh Allah ada"

Rindu saat prihatin dengan iman dan amal kita,
didatangkan kepada kita pelbagai tanda,
rindu saat Dia peduli, memanggil kita kembali,
yang semakin hari, semakin jauh "

Wednesday, December 4, 2013

LUKA

bukan tentang luka yang harus kau kira, tapi bagaimana luka itu mengajar kau untuk jadi apa seharusnya?

jangan terlalu berkira kira dengan luka, lalu boleh aku tanya.
siapa hidupnya yang tak pernah merasa terluka?
aku rasa tak ada. tak ada.
eh, aku pun sama. pernah luka sampai parutnya masih ada.
takmahu pergi kemana-mana. tapi itu bukan soalnya.
soalnya, apa luka luka itu mengajar engkau?
untuk bangkit dan buktikan pada dunia.
kau bukan manusia biasa biasa yang patah hanya dengan luka-luka.
jangan jadi manusia lembik yang mudah untuk dilukakan.


Saturday, November 30, 2013

Silapnya aku

Beautiful morning. Im blessed.

Kecamuk betul jiwa ni lately.
Silap aku sebab dah tak ada tapi masih buat macam ada.
Silap aku sebab simply memberi kasih dan percaya pada orang yang aku tak boleh bertahan dengan semua tentang diri dia.
Silap aku sebab terlalu yakin manusia yang baik akan sentiasa baik dengan kita.
Silap aku sebab terlalu cepat melatah bila marah.
Silap aku sebab terlalu baik bila okay.
Silap aku sebab terkadang terlalu bergantung pada manusia bukan Allah.
Silap aku sebab suka buruk sangka once benda dah buruk berlaku sekali hingga aku lupa kebaikan 10000 kali
Silap aku sebab terlalu kecewa dengan orang yang aku sendiri tahu,dia bukan sentiasa ada.
silap aku sebab aku sayangkan orang yang pentingkan diri sendiri.
Silap aku sebab tak isi rasa sunyi ini dengan perkara yang bermanfaat.
Silap aku sebab terlalu menjaga hati.
Silap aku sebab masih melihat masih sedih masih terasa dengan perkara belakang aku.
Silap aku sebab cuba bersikap pentingkan diri walaupun tahu aku takkan bertahan dengan "kerasnya hati aku".
Silap aku sebab tak tetap pendirian.

Dan aku rasa semua sebab silap aku. Aku yang mula membalas. Macam semua orang dah semakin pentingkan diri sehingga aku lupa kepentingan diri aku sendiri.

Kecamukyaaa aaaaaaaaaaaaaa. Maafkan aku.

P/s:  jauhi aku kalau sekadar mendekat untuk pentingkan diri. Untuk merosak kepercayaan. Untuk biarkan aku seorang. Please, cuma tolong jauhi aku.

Monday, November 18, 2013

Kadang kadang

Kadang kadang ambil sedikit derita orang lain. Bukan tanggung tapi sama sama tolong.

Jangan terlalu bersungguh mengambil mengambil sehingga lupa nak  memberi.

Hak kita, ya memang hak kita, tapi kena faham hak orang tetap hak orang.

kadang kadang kita senang pun sebab kita tak suka menyusahkan orang. Kalau kita susah. Muhasabah diri kita ni banyak menyusahkan atau menyenangkan?

Mengaut keuntungan biarlah berpada. Mengambil kesempatan biarlah kena cara.

Serik dengan yang ada masa senang mengantuk dan letih masa susah.

"Aku jauh,kalau kaki aku panjang atau aku boleh terbang. Aku takkan biarkan kau sorang". -sahabat

Carilah sahabat yang banyak ingatkan kamu pada Allah. InsyaAllah dia lah akan betul betul menjadi sahabat :)

Tuesday, October 29, 2013

i dont care

you know what? i don't care at all.
 
in fact, im happy.

"too much pain, so much learned"


Monday, October 21, 2013

aku akulah

Janganlah pinta aku jadi macam kau sebab aku akulah kau kaulah. Janganlah harap aku akan penuhi semua impian kau sebab aku pun ada impian aku sendiri, aku akulah kau kaulah. Aku taknak pun jadi kau. err maksud aku macam kau



ada masalah?