Doa Pembersih Jiwa

"Yaa Allah, bersihkanlah hatiku dengan air es dan embun, serta sucikanlah hatiku dari segala kesalahan sebagaimana engkau menyucikan pakaian putih dari kotoran. Dan jauhkanlah antara diriku dengan keresahan2ku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat." (HR. Bukhari)

followers

Monday, December 23, 2013

how time flies

Assalamualaikum.
 lepas dah buat apa-apa yang patut teringat kat belog lalu terpanggil nak menulis sebaris dua. feeling guru besar nak bagi ucapan masa perhimpunan mingguan dah kenapa? -.-
 hari ini hari ke sembilan puluh tiga emak tak ada. tak sangka kan. cepat sungguh masa pergi. Rindunyaaaaaaaa. aku pun macam separa sedar je apa yang aku dah buat dalam masa 3 bulan ini?
yang aku tahu, hidup aku berubah tapi masih sama :3

sebenarnya rasa macam sebak. aku baru siap selimutkan ayah. sunyi gila rumah ni abang abang adik semua pergi main futsal. tak cukup petang,sambung malam pulak exercise tapi aku duk tengok tak kurus kurus jugak eeee tak faham. usai selimut aku pandang sajo wajah kesayangan ayah aku. can you feel me? rasa sebak. aku perati mata dia masih bengkak. nampak kesunyian,kesedihan,kepenatan  kat muka dia.eh dah 3 bulan lebih ayah masih menangis sorang sorang. hmmm kalau aku tak ada, sapa selimutkan ayah? sapa temankan ayah kat rumah? k start nangis :(

sunyi nya Allah saja yang tahu. terasa sangat kehilangan Allah saja yang tahu. can't explain into words. hilangkan beban sikit taip kat belog. tapi untuk beberapa minggu je publish lepasni confirm delete entry sebab malu sebab rasa ek eleh kau ni tu pun nak cerita pergh manja gila kau ni bluwek :/
dahtu kalau boleh taknak aaa bebankan orang dengar aku cerita repeat peat peat aku sunyi aku rindu aaa bak aaa suami sorang aaa. tetiba.

Alhamdulillah syukur adik beradik masih kuat utuh masing masing macam buat buat happy. memang aku rasa sangat buat buat tu. sebab pernah tengok semua duk gelak gelak pastu masuk bilik tiba tiba keluar mata masing masing merah. banyak kali.  bila masing masing saling memberi semangat aku rasa macam ntahla, perasaan ini cuma ada dalam hati bila orang yang sedang sedih cuba sedaya upaya buat orang yang bersedih gembira.camtu ah rasa dia.

Allah, berilah kekuatan pada ayah. beri dia semangat. jauhi dia rasa putus asa hilangkan rasa sedih dia. jaga dia. bukan apa, aku rindu ayah yang dulu. rindu sangat sangat ni.

beri iman, beri kasih beri kemudahan pada adik beradik aku. biar semua tenang biar semua aman.

esok dah nak balik universiti. ini studyweek takleh berlama lamaan sangat kat rumah minggu depan dah start exam. hmmm rasa baru je lagi aku balik rumah untuk studyweek sem lepas dan masatu mak ada lagi memberi semangat dengan masakkan makanan kegemaran aku. hmmmmm
how time flies.

ALfatihah



No comments:

Post a Comment