Doa Pembersih Jiwa

"Yaa Allah, bersihkanlah hatiku dengan air es dan embun, serta sucikanlah hatiku dari segala kesalahan sebagaimana engkau menyucikan pakaian putih dari kotoran. Dan jauhkanlah antara diriku dengan keresahan2ku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat." (HR. Bukhari)

followers

Tuesday, February 19, 2013

CERITA TANPA GAMBAR

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful .

rupa-rupanya i olls dah sebulan lebih duduk rumah. balance cuti semester ade lagi seminggu. ah diduga perasaan malas pulak.ahhhhh. adat ke memang dah perangai buruk ke tak tahulah. perasaan ni bila je cuti dah nak habis rasa mcam baru sekejap cuti. tapi hari tu baru dua minggu cuti merengek rengek bosanla. tak tahu nak buat apala. tak tahu nak g mana la. ternak lemak la whatsoever. puih *cubit bontot

duduk duduk bersandar termenung hmmm menerawang dalam palaotak ape benda aku dah buat sebulan lebih kat rumah. guess what?aku belajar masak.......... ok fine tak suprise pon.
baru nak kenal sodek baru nak kenal senduk. hmm dah kena perli. dah kena keji. tak kisah. memang dan nama manusia, camtu ah. bila orang nak berubah bukannya nak support. duduk tak senang. makan tak kenyang. merapu ape ni weh. hmm ape nak buat, tak boleh salahkan oranglain jugak. dah memang diri sendiri ni dulu malas dan tak tahu ape-ape pasal masakan. halia dengan lengkuas tak kenal ok lagi tapi kalau dah nak guna dapur gas pon tak reti on api tu parah. ok tipuuu

sebenarnya dalam proses ubah diri sendiri ni. rasa banyak sangat lagi kekurangan. maklumlah umur dah semakin meningkat. dah layak mengundi kira dah tua la yedok? hihihi. dan sekarang sedang merawat luka dihati sebab bobi keretaku tersayang tercium volvo haritu. hmm kesian dia kemek dah i'm so sorry nanti duit ptptn masuk i hantar u p klinik :/ terimakasih ptptn nasib baik bagi pinjam duit. hutang wajib bayar okay takyah nak bising-bising suruh mansuhkan ptptn lagi aku sepak kang.

seminggu lagi balik shah alam. dah kena belajar balik. dah masuk semester empat dah pun. sekejap je masa berlalu,sedar tak sedar je. tahun ni teringin nak pergi tanah suci buat umrah tapi simpanan tak cukup lagi baru ada half. sedihnya. tahun depan InsyaAllah dah habis degree plan nya bila kerja nanti dah dapat gaji nanti nak simpan lah buat pergi tanah suci. dengan suami. HAHAHAHA taklah. dengan family :) tak dapat buat haji pon dapat buat umrah cukuplah InsyaAllah. aminn.
 rindunya kawan kawan universiti. dah lama tak jumpa. buka sem nanti nak masak untuk semorang rasanya. gila over confident hahah. terimakasih sebab sentiasa doakan yang terbaik dan selalu menjadi inspirasi untuk diri ini berubah. betollah kalau kita nak berubah jadi baik Allah akan hantar orang baik bersama dengan kita. walaupun diri ini belum cukup baik tapi bersyukur sebab dikelilingi orang yang baik Alhamdulillah terimakasih Allah.
 result semester lepas kurang memberasangkan tapi ok la tak kena repeat paper. syukur sangat. mungkin last sem lebih kepada mainan emosi yang membutakan diri hahah. its okay lah semester depan cuba lagi InsyaAllah. dah tak yah buat ayat frust menonggeng lagi dah let bygone be bygone pandang lah hadapan jangan biar semuanya rosak lagi dek kerana manusia yang rosak cewah bak kata fynn jamal -

nasi tak kerak,
kopi tak dingin,
orang tak hendak,
kita tak hingin.

KITA--
ada harga.


terimakasih Tuhan kerana tak mengembalikan dia yang berlalu pergi :)

aku masih lagi dirumah. menghabiskan sisa-sisa cuti. merubah diri.


nota kaki : bobi tu nama kereta aku.


ok lah,baiii








No comments:

Post a Comment