Doa Pembersih Jiwa

"Yaa Allah, bersihkanlah hatiku dengan air es dan embun, serta sucikanlah hatiku dari segala kesalahan sebagaimana engkau menyucikan pakaian putih dari kotoran. Dan jauhkanlah antara diriku dengan keresahan2ku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat." (HR. Bukhari)

followers

Sunday, February 3, 2013

PERMINTAAN HATI


YaAllah,

Doa dan usaha telah pun aku berikan. Aku bersyukur untuk segala nikmat yang telah Kau berikan. Namun terasa sedikit dihati ini seperti usaha aku selama bertahun itu bakal terhenti bila-bila masa sahaja. Apa mampu kah lagi hati kecil ini menerima segala sakit yang bakal membina aku untuk menjadi lebih kuat? Apa mampu kah lagi tangan dan kaki kecil ku ini untuk kekal tabah berusaha untuk mengekalkan sesuatu yang bertahun lamanya aku inginkan di dalam hidup ku ini? Apa mampu lagi kah aku untuk terus bersabar?

Dan kini Ya Allah, aku serahkan segalanya kepada-Mu. Hanya Kau mampu untuk menilai sejauh mana usaha dan doa ku yang telah aku lakukan untuk mengekalkan sesuatu itu di dalam hidup ku. Tidak pernah aku berusaha sebegini keras untuk benda lain selain itu. Hanya Kau sahaja yang mampu untuk memberi kesabaran di hati aku untuk terus kekal berusaha dan berdoa untuk sesuatu itu. Aku pasti, aku akan terus untuk berdoa. Namun usaha itu yang aku risau kan Ya Allah.

Terasa sedikit putus asa di lubuk hati ini. Apa mungkin kah doa dan usaha ku ini mampu untuk melembutkan hati sekeras batu itu? Apa mungkin kah doa dan usaha ku ini mampu untuk meruntuhkan dinding tingginya ego di hati itu? Hanya Engkau sahaja yang mampu untuk menetukannya.
 

Dan jika dengan doa yang telah aku luahkan dari lubuk hati ini, hanya akan mengeraskan lagi hati itu, aku redha. Aku akan hanya bertawakal dan redha dengan ketentuanmu Ya Allah. Semoga yang terbaik dari yang terbaik akan Kau berikan padaku.

Amin.



No comments:

Post a Comment