Doa Pembersih Jiwa

"Yaa Allah, bersihkanlah hatiku dengan air es dan embun, serta sucikanlah hatiku dari segala kesalahan sebagaimana engkau menyucikan pakaian putih dari kotoran. Dan jauhkanlah antara diriku dengan keresahan2ku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat." (HR. Bukhari)

followers

Monday, February 27, 2012

aku belajar

setiap hari adalah sebuah pembelajaran. Di mana kita menemui pengalaman yang sentiasa berubah...
Apakah aku telah belajar?

Aku belajar,
Bahawa aku tidak dapat memaksa orang lain mencintai aku,
Aku  hanya dapat  melakukan sesuatu untuk  orang yang aku cintai..

Aku belajar,
Bahawa  memerlukan waktu bertahun-tahun  untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya...

Aku belajar,
Bahawa sahabat terbaik bersama aku dapat  melakukan banyak  hal dan
kami selalu memiliki waktu terbaik.

Aku belajar,
Bahawa orang yang aku fikir adalah orang yang jahat,
Justeru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup aku kembali.
Serta orang yang sangat perhatian pada aku.

Aku belajar,
Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak  yang jauh.
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.

Aku belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang aku inginkan,
Bukan  bererti bahawa dia tidak mencintai aku...

Aku belajar,
Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,
Mereka  pasti pernah melukai perasaan aku....
Dan untuk itu aku harus memaafkannya....

Aku belajar,
Bahawa aku harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain...
Kalau tidak  mahu dikuasai perasaan  bersalah terus menerus...

Aku belajar,
Bahawa lingkungan  dapat mempengaruhi peribadi aku,
Tapi aku harus bertanggungjawab untuk apa yang aku telah lakukan...

Aku belajar,
Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda,
Tapi kekadang dari sudut pandang yang berbeza...

Aku belajar,
Bahawa tidaklah penting  apa yang aku miliki,
Tapi yang penting adalah siapa aku ini sebenarnya..

Aku belajar,
Bahawa aku harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi
Atau sikap  dan emosi itu yang menguasai diri aku..

Aku belajar,
Bahawa aku punya hak untuk marah,
Tetapi itu bukan bererti aku harus benci dan berlaku bengis...

Aku belajar,
Bahawa  kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan
dengan  orang  yang aku cintai..

Aku belajar,
bahawa orang – orang yang  yang aku kasihi,
Sering diambil segera dari kehidupan aku...

Love does’nt make the world  go round.
Love is what makes the ride worth  while.

Buat diriku  yang masih perlu belajar,
Semoga kita lebih mempelajari dan memahami hidup ini..

wallahua'lam :)

No comments:

Post a Comment