Doa Pembersih Jiwa

"Yaa Allah, bersihkanlah hatiku dengan air es dan embun, serta sucikanlah hatiku dari segala kesalahan sebagaimana engkau menyucikan pakaian putih dari kotoran. Dan jauhkanlah antara diriku dengan keresahan2ku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat." (HR. Bukhari)

followers

Thursday, January 12, 2012

KENAKAN APA YANG TAK KENA


Alhamdulillah hari ini bangun pagi sembahyang subuh nak tidur balik tapi mata pulak xnak lelap . senyum nakal tanda bangga buwek :p
lately aku pon tak tahu ape yang tak kena dengan aku . aku banyak menyampah dengan ramai orang . aku dah kenapa? mungkin ramai kuasa dua yang menyampah dengan aku jugak . hah semalam aku remove hampir 600 lebih friendlist dalam facebook. semua tu xde sbb lain melainkan menyampah menyampah menyampah menyampah dan menyampah . lagi 100 yang aku tak sanggup remove tapi status macam harem aku unsubscribe. ape yang diorang post aku tak nampak jadi aku tak la menyampah  heheh.
budak sekolah update status nak kawen ,apakah? ade yang update status islamic, berdakwah kononnya , dah kalau setiap lima minit update status, masa bila dia beramal? haish . yang single status mcm desperate. yang suka mention akulah ada pakwe akulah itu ini hah mcm dia sorg yang bahagia xingt,  ish nanti kawen baru laa kecoh jgn lupa jemput makan nasi minyak *mulut ternganga*. ade yang siap bergaduh lagi berebut lelaki kat facebook, apakah? belajar dulu dik, masuk universiti , dapat kerja bagus. bercinta lah sampai rabakkkk ye :) ade yang buat status macm diari. setiap saat nak bgtahu semua orang ape dia buat ape dia rasa . apakah *kau ingat orang kisah?? ade yang lepas perasaan kat status, mencarut mencaci ape seronok ke orang baca status tu ?nak tunjuk kat sape ? xrase berdosa eh? malu tahu. bila terutama gadis cantik manis taip status macam taiko tapi tuan mcm lipas. skali pijak dah menggelupur. kenal lipas? kenal? annoying tahu! diorang semua dah kenapa ???  yeah, aku mengaku aku dulu pon mcm tu . lagi teruk dari semua orang . tapi semakin lama biarlah kita nampak semakin matang , jangan makin taksub dengan alam maya facebook terutamanya. itulah akibat kalau on laptop facebook semata mata . rerajin laa baca artikel yang berguna ye adik kakak abang pokcik mokcik nenek atuk . mr google semua ada *promote :)

P/S : mesti ramai yang akan menyampah dengan aku lepas baca entry ni . sokay. kalaulah aku kesah kan *mata keatas flip hair ! semua aku taip ini sebenarnya peringatan buat diri sendiri jugak. bukan orang lain aku cuba letakkan aku dalam situasi semua orang tapi yang tak perlu xpayahla . nanti malu diri sendiri jugak menanggung.  sebelum post ape ape, cubalah letak situasi anda sebagai pembaca. **#eh itu termasuk dalam silibes kecerdasan emosi subjek kemahiran berfikir aku !

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

Oleh itu jom kita semak balik amalan harian kita.... :DD

..::MINTAK MAAF DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI BAGI YANG SENTAP TAPI SERIUS XCOMEL BILA MUKA KETAT BOOOOO::..

2 comments:

Post a Comment