bilamana apa yang kita doadan berharap supaya sesuatu itu jauh dari diri kita tetapi apa yang kita lalui itu tak seperti apa yang kita harapkan, kita mula rasa benci dengan diri sendiri apalagi orang yang kita sayang sanggup membuat kita menangis. kita benci rasa itu.
mungkin kita lupa yang kita sebenarnya terlalu banyak meminta dari memberi, terlalu banyak menghina dari memuji. terlalu banyak berharap dari memberi harapan. takdir. datang tanpa dijemput dan pergi tanpa dihalau. kalau kita rasa kita bukan lagi sesuai berada disitu. tiada salahnya berhijrah. berhijarah untuk kita lebih kenal siapa kita dan siapa yang perlukan kita. bukan terus membisu dan menghambakan diri dalam kenegatifan sekeliling. manusia yang nakkan dendam, akan dapat dendam.yang nakkan kasih sayang, akan dapat kasih sayang :')
bukan memilih untuk berbagi kasih sayang, bukan yang senang menghukum bila melakukan kesilapan. bukan yang menghina bila kau kurang. yang menerima kau apa adanya.
kehidupan ini indah, kita manusia biasa bukanlah selamanya diatas, tak juga selamanya dibawah. sebab itu kita selalu diingatkan, bilamana kita berada dibawah, jangan lupa untuk mendongak. tetapi bila sudah diatas, jangan terlalu asyik mendongak sehingga kita lupa untuk menunduk. kerana sampai satu masa. kita akan lupa. lupa yang kita sebelumnya pernah merangkak sebelum berlari. pernah meminta sebelum memberi.
sampai satu titik kita dah takmahu memikirkannya lagi. kerana apa? kerana kita penat.dan serik.
kita menjauh, bukan kerana bencikan dia, tetapi kita bencikan rasa sakit itu berulang lagi.
dan yang penting sekali, kita tahu dia bahagia, tanpa kita
dan aku, lebih senang berdoa dalam diam. *senyum*
Cuma kadang-kadang, yang membezakan perasaan ‘sakit’ bila
tahu ada orang tak suka kita ialah, the one that doesn’t like you is dia dia
dia dia dan dia yang selalu ketawa bersama-sama kita. - rayyan rayqal
( http://blackadrenalin.blogspot.com/ )
( http://blackadrenalin.blogspot.com/ )
“baik kau punya musuh dalam terang, kurang-kurang kita nampak dan tahu
dia musuh, daripada musuh dalam gelap, kita tak tahu siapa yang baling batu,
cuma kita tahu kita punya musuh bila batu yang dibaling terkena kepala kita
dalam kita tak sedar” – Rizqi
*senyum* *senyum* *senyum*
*senyum* *senyum* *senyum*
No comments:
Post a Comment